Ahad, 16 Disember 2012

MUHAMMAD SHARIZWAN
MMesra
UUntung
HHarum
AAmanah
MMenawan
MManis
AAlim
DDinamik
SSuci
HHarum
AAbadi
RRamah
IIkhlas
ZZuhud
WWarak
AAsli
NNaif

Sabtu, 15 Disember 2012

~TAUBAT ~

Pada usia yang memanjat 
wujud yang telah lama terlerai 
jiwa yang tak berdamai
aku buka album nostalgia ...

Hidup silam yang sia-sia
sejarah yang usang 
bermusim dosa memanjang ..

Aku mencari malam
kedamaian yang tak kelam 
ku panjat doa taubat 
melerai dosa berabad 
ampunkan segala dosaku
nyahkan celaka silam
tidakku ulangi lagi 
taubat berjanji ...

Rindu pada pesta pahala
meniup debu-debu celaka 
malam ku perbanyakkan amalan pahala
kehidupan tak kesepian lagi 
amalan yang benar 
sebenar-benarnya diSisi
taubat Aku berjanji ...

Terimalah hayat di bumu kudus 
untuk mengosongkan segala mimpi
dan menemui realiti yang abadi ..

Langkah ini berguguran kelabu 
serta hitam semalam yang lerai 
dibasuh sesal hakiki yang murni
buat melukis kembali peribadi tuntas
sebuah perjalanan yang rela dan redha ...


Dialog Filem KL Gangster

Meh sini gua kongsi dengan lu orang semua antara Dialog Filem KL Gangster, cerita banyak takda..layan jer la sebab panjang sangat Dialog yang ada dalam KL Gangsterni..he


********************************************


MALEK

-Lu kasi gua mati dulu la baru gua diam

-Cuti Dah abis Bro~

-5 Tahun wa kat dalam,ramai yg nk cucuk wa, kat dalam mana mau lari..

- Hidup Dan Mati Bukan Di Tangan Lu La Sial 


JAI

-Abang tak abang, sapa kacau aku Pecah!!*  
  
-Wa bukan takut MATI tapi Wa taknak MATi
  
-korang semua nak makan pasir..makan lumut... aku nk makan fish and chip!!!

-Lu jangan nak azan gua pulak~~

-Ak Peduli Apeww!!!!!Ak X Nak Hidup Merempat Mcm Ko

-Tapi kalau dia sentuh kau dragon, aku cium dia ~

-Suke !?! lain kali jngan buat lagi taw . nanti mak mara ~

-Seram nih~~


- wei langau.., betul punya pailang nampak

-Aku taat pada yang satu~

  
SHARK  

-abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampus

-Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang


- kalau ni bukan lu punya tempat la..gua sudah tetak sama lu tau.. 

- lu pijak sama gua sekarang..lu panggil lu punya anjing2 pijak sama gua sekarang. tengok~ 

-gua mau dia mati kaw kaw punya ma..

- lu jangan jaga lu punya kawan la.., lu jangan lu  punya nyawa dulu la



DRAGON

-Sekarang Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok ~~


- budak2 macam lu ha...lu balik la...,


AJIB

-AmaCAm cuTi paNJaNg bEST~~~

-Sekarang wa boleh simpan wa punya sengat,sebab wa dah penat..~~

-sayur kita jual satu kilo 3,4 ribu bro! ini satu kilo 3 ringgit lu mau jual ka?

-Lu Menyalak Manyak Kuat!!Selupe Anjing u taw ka!

-Lu ada pistol ha? lu kasi tembak. sini!! sini

-Lu tau ka? lu tau ka? lu tak tau maa

-Tengok wa punya lutut, tara goyang kan?

-kalau aku sembelih kau 18, baru kau taw tentang penyesalan tau tak.."
 

- lu,wa,dragon..perempuan,karaoke..baru SELESA

- ini olang a..suka makan sambil berak...~~ 

- lu rembat malik..,gua rembat lu.... 

-heiiiiiii!!!!!!! lu sembang... lu hantam ma,kasi mati ini hali satu kali,wa pun suda bosan hali2 tengok lu punya muka lu tau ka?? heii shak!! lu rembat malik, wa rembat lu....

- Nang Bo Ti Nang Kui Bo Ti Kui, Hati Serupa Batu~

-haiiya busuk punya org suda mari ma,ini org ha,suka makan sambil berak~




FADIL

-Itu Belum abg long dil,kalau abg long dil dah arwah die tu~

-Ehh siaal laah~ puiih! ~~

-Jangan risau , tak de alkohol . 

-Lawan Aku Bukan 2 Orang , Tapi 2 Lori

-"abg long bukit bintang, semenjak gua korek hidung dia baik resdong dia tu!" 


UJANG 

-gua tak kira lu hensem ke hodoh ker..,ini blog gua punya..

-abang long sChae ei , sejak gua korek idung dia hilang hensem dia tu

-gua tau lu orang manyak best maa..kasi letak ini blog dalam bloglist..!!!!


- gua tak balas komen dan gua tak sombong...

-kita bako jer...kita bako....
*tiba2 

********************************************



cara hadapi hantu jika terserempak...hehehe


Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni. .nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya… lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu
Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja/sekolah, lepaih tu nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja … .. hehehehehe

Jumaat, 14 Disember 2012

Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah, aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So pada satu hari, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

banyak...nyer ~ cErita...


Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
Cerita 2Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
Cerita 3Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
Cerita 5Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
Cerita 6Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…

Lawak King : Bertukar – tukar teknologi
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS! 


Lawak King : Kes Jenayah rumah tangga
Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.
Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.
Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Rizal : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Rizal : Seorang perempuan, Tuan!
Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,
Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan

Lawak King : Robot Kesan Bohong
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"
 Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...dan semua terdiam...

Lawak King : Menantu yang Luar biasa
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."
 

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
Lawak King : Kisah Buang Bayi
Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun. 

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. 
Ada orang sanggup jual anaknya. 
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
 
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual 
surat khabar ke. Betul tak Majid...? 
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
 
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
 
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
 
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!